Sunday 9 September 2012

Petua Mengempiskan Perut

Seringkali aku diajukan soklan dr kwn2 pompuan
mcm mana nk kempiskan pewut
buncit agar penampilan jadi menarik..
jawapan aku sgt senang...
nk sesuatu kena la USAHA..hihi..
perkataan usaha tu la yg jd 'musuh' 
dlm diri kaum wanita...
xsmua yg 'rajin' nk usahakan
ke arah tu w'pun aty teringin
nk memilikinya...
nasihat aku kt uols :

1st bersyukur la dgn apa yg ada tu...
cantik dh aku tgk uols tu...hihi

2nd setiap mslh ada penyelesaiannya

3rd mahu @ tidak

4th tanamkan azam

5th Usaha...Doa...Tawakal

well,,,xsalahpun uols nk cantik kan...
that normal...we are human
ada keinginan & kehendak..
aku pun ada perasaan mcm tu...
Let me share wif uols 
petua2 or cara2 or senaman yg perlu d lakukan...

nie petua dari laman web yg aku ambil..
this what i did dlm kehidupan seharian aku...
sometime aku 'excusse' jgk...hihi..
tp jgn biarkan diri terus terleka sehingga
dh 'buncit' br nk amalkan...
xder salahnya pun kalu terleka...
hak msg2 coz diri msg2 right...
but slalunya org bila nk petua nie
suka nk hasil yg cepat sdg'n usaha xseberapa...
so,,uols nasihat aku
plezz dont make urself under preasure ok!!
rileks..steady & cool. (^_*)
maintain jer apa yg uols buat tu...
hasilnya bkn utk skrg shj
but utk ms2 akan dtg jgk..
so,,let check out!!
 Tips Pertama


  • Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.
  • Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  • Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
  • Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Kebanyakkan wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini:
  • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.

Anda mempunyai masalah kulit perut berkedut tak? Kalau ya, anda boleh cuba petua ini;
  • Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa 2 minggu.


Tips Kedua

1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!



Tips Ketiga
(Senaman)

A.Knee Circle

1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.

2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.

3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.
 Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5


4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.


5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.

  Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan 5.



6. Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.


Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.


Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.


B. Side Chop


1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.


2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.


3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.


4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.


Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke depan


5.Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan


Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.


Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ya.


Selamat Mencuba!

(p/s : aku slalu buat pic 1 & 2...pic 3 & 4 tu aku xguna bola sbb aku xder bola..hihi...so aku guna cara lain)



***************************************************************
senaman yg aku sering lakukan samada d umah or d luar umah
let's try it



stabilkan diri
angkat punggung
tahan nafas
kira sehingga 10-15
(3 set)




ada 3 style aku buat senaman nie
1.angkat separa badan
2.silangkan siku kiri ke kanan..kanan ke kiri
3.tangan capai hjg kaki
(kiraan 10-15)


 cara yg sama aku buat mcm senaman kt pic atas


angkat kaki ke atas serentak dgn kepala
kemudian angkat punggung ke atas
kiraan sama dgn senaman yg lain


 my favourite exercise
aku buat nie last skali 

 senaman yg paling bagus utk kuatkan otot perut..
tahan nafas

 also do it..
bagus utk regangan


 part nie yg aku slalu buat setiap kali aku bersukan..


 part nie membe aku slalu buat kt umah.
so,, hope they try another exercise
(senaman nie berkesan utk atas perut..utk dptkan
keseimbangan perut yg cantik kena buat senaman bwh perut jugak)



aku tau ada part exercise yg uols penah buat then uols rasa sakit...rasa sakit tu bagus sbnrnya...ofkos la mula2 tu sakit coz uols jarang2 exercise...otot keras..kalu slalu buat otot dh lembut (urat)...kalu mls nk kuar umah ,,senaman kt atas tu bole jer pun buat kt umah...but sometime uols perlu kuar amek angin segar...also,,better jogging ckit 4 stamina...kalu slalu maintain exercise senang nk kontrol mslh buncit or peningkatan berat badan...yg paling penting DONT GIVE UP...mental kena kuat..slalu bg semangat kt diri..jgn sesekali kuar ayat TAK BOLE..itu pantang larangnya..hihi..if xmampu,,buat setakat yg mampu..but jgn slalu buat pd tahap yg sama...tingkat'n kesukaran exercise dr semasa ke semasa...GOOD LUCK uols!!
if ada lg tips2 terbaru akan aku share lg dgn uols..(^_*)



Noted : 
my trainer penah tell me pasal kuatkan otot perut ms aku berlatih utk my team..if otot perut kuat when kita berlari penafasan lbh terkontrol..kita xmudah penat..so,,utk exercise bhgn perut pd ms tu sgt menyeksakan but i got new experince...after that,,aku hnya maintain jer what i'm doing until now..


No comments:

Post a Comment