Monday 6 August 2012

Rancangan menarik yang 'wajib' & 'harus' ditonton......

Assalam uols..
apa kabor....
ari nie dh Ramadhan ke 17...
sekejap jer kan
dh nk abis Ramadhan dh....
mcm mana dgn ibadah puasa??
dh 'tinggal' ker??
hehe......
zakat fitrah dh bayar??
aku belom lagi....
asal nk g bayar jer,,,
kaunter xdak org...
so,,,this week mmg kena cari jgk kaunter zakat..
mggu dpn dh start cuti raya kan....

uols dh amek cuti raya ker???
aku dh isi form cuti dh...
dengan jaya nyerrr cuti diluluskan!!!!!
sblm amek cuti,,
aku dh berbincang dgn kezen aku
ari apa we all nk gerak blk kg...
so,,we all decide amek cuti ari jumaat...
kononnya,,,nk elak traffic jem yg teruk..
yela,,mggu dpn baru start cuti sek.
so,,bygkan la ye kesesakan melampau kt jalan raya nati...
almaklum dh kuar berita ari tu,,,
bagitau,,,this year kesesakan jln raya
3X ganda berbndg thn sblm nie...
GILA!!!

dh plan2 psl cuti,,
esoknya tgk berita bgtau ada sekolah yg dpt cuti awal.....
haaaaaaaaaa,,,,kompen2 la ari jumaat pun jln raya dh sesak gilerr dh..
aku sgt pening memikirkan cara2 nk elak kesesakan nie..
mmg xdak cara lain...
kena laaaa tempuh jgk jem tuuuuuu.......
so,,uols berhati2 ye blk kg nati...
harap2 smua pemandu byk2kan bersabar.....

okey uols,,,yg sebenaqnyaaaaaa
aku nk cite psl rancangan tv yg aku tonton
ms bulan ramadhan nie...
byk drama2 yg menarik...
also racgn masakan...
pilihan drama terbaik bg aku adlh
BAITUL RAHMAT siaran di TV1
setiap ari jam 7.30pm..
tp cite nie sekeeeeeeeeejaaaaaaaap jer...
lpas azan maghrib baru d siarkan...
so,,tggl 25min cam gitu la..
pastu ada plk iklan......
pendek cite,,,drama nie lbh kurang 15min jer.....
sapa yg xtgk bole la tgk...
sgt2 bagus utk d jadikan teladan
terutamanya pada anak2 muda zaman skrg...
watak2 org tua yg d lakonkan tu adlh realiti
kehidupan tau...
siap RTM perkenalkan watak2 yg di lakonkan tu
watak siapa kecuali watak anak2...
m be sbb xdak gambo or xnk aibkan org...
but kalu dh muka parent dh tayang ofkos
sapa2 yg kenal org tua tu
kenal sapa empunya anak2nyerr kan...
wallahualam......
xleh komen lbh2 pasai tu,,,sbb aku pun xpasti
dgn fakta2...
nati berdosa lak aku kan...
apapun kita amek iktibar & ingatan pd diri kita
mesej2 yg d smpaikan dlm drama nie...
uols tgk la sndr...
drama Baitul Rahmat yg meruntun jiwa........



Sinopsis.....
Kisah sedih sarat pengajaran Baitul Rahmat
menyaksikan lakonan berkesan Yatt Hamzah, Engku Fridah Ku Shafie,
Azza Elite, Kismah Johar dan Nor Albaniah ini
kini mula melewati kemuncak konflik bila Mak Munah berkali-kali ditipu anaknya Husna yang berjanji mahu mengambilnya pulang.
Sementara itu, anak-anak Mak Munah termasuklah Hashim,
Hanim dan Husna mula bergaduh besar untuk menentukan
siapa yang patut mengambil dan menjaga ibu mereka.
Hashim menyalahkan Husna kerana tidak mahu menjaga ibu mereka.
Manakala Husna pula bertegas menuding jari menyalahkan Hashim yang sepatutnya lebih bertanggungjawab kerana dia anak lelaki sulong dalam keluarga.
Dalam pada itu Mak Munah bertambah sedih dengan berita kematian anaknya, Hanim.
Lebih memilukan apabila menantunya menyalahkan Mak Munah
sebagai punca kematian Hanim yang selalu bersedih mengenangkan ibunya.
Kemuncaknya bila Mak Munah tidak dibenarkan langsung menemui cucunya, anak arwah Hanim oleh menantunya.
Masa berlalu tidak pernah sekali pun Husna atau anak-anaknya yang lain datang melawat Maimunah. Walaupun sedih dia mula membiasakan diri tinggal bersama teman-teman senasib dengannya termasuklah Khalijah, Rahmah, Mak Cik Adibah, Hasnah dan juga Wan. Apatahlagi penyelia di situ menjaga kebajikan mereka dengan baik sekali.
Kegembiraan mereka di situ dikongsi bersama.
Pelbagai telatah lucu berlaku apabila salah seorang penghuni di situ diminati penghuni yang lain yang mencetuskan tanda tanya.
Di situ Maimunah juga berkongsi kisah Hamidun yang ditinggalkan anak-anak di tepi jalan sebelum diterima tinggal di Baitul Rahmat.
Nasib Hamidun lebih malang kerana hanya beberapa hari tinggal di situ, Hamidun meninggal dunia. Namun tiada seorang pun anaknya yang hadir menuntut mayatnya malah jenazah Hamidun dikebumikan di tanah perkuburan tanpa waris terletak berhampiran Baitul Rahmat.
Ramadan semakin berakhir.
Ketika itu Maimunah mula jatuh sakit. Begitu pun tidak seorang daripada anak-anak yang datang melawat selain Husna yang memaksanya
menukarkan nama terhadap harta yang dimilikinya. Malah Husna membohongnya untuk membawa dia pulang ke rumah.
Maimunah merana dengan tindakan anak-anaknya.
Lalu bagaimanakah penyudah jalan hidupnya?
Adakah dia senasib dengan Hamidun yang tidak dituntut mayatnya di Baitul Rahmat?
Saksikan kesudahannya penghujung Ramadan ini di TV1



1 lagi rancangan pilihan aku
rcgn MASAKAN...
Hidangan Barakah
sbb apa aku suka dgn rcgn mskn nie.....
Cef nie masak smbl berzikir....
sgt2 bagus utk kita jadikan panduan....


masakan2 dia not bad tau...
sedappppppp jer tgkkkk.......
Cef AMmar nie cef arab dr Syria...
bole bertutur Bhs Melayu...
tagline cef nie...
'Masak dengan Hati...Masak dengan Iman'
(xsilap aku la...hihi)
selamat menonton ye!!!



No comments:

Post a Comment